top of page

Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025: Pesan Perpaduan, Jati Diri dan Semangat Kemerdekaan Sejati

  • Reqa Qreatif
  • 2 days ago
  • 1 min read

Pada 30 Ogos 2025, Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkesempatan hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di MAEPS, Serdang yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Amanat beliau bukan sekadar ucapan, tetapi suatu seruan yang menyentuh jiwa mengingatkan kita tentang erti sebenar kemerdekaan. Penjajahan dahulu bukan sahaja merampas hasil bumi, tetapi juga cuba memadamkan keyakinan dan jati diri rakyat kita.


Pesan Perdana Menteri jelas, tiada negara yang mampu bertahan jika rakyatnya dipecah belahkan oleh hasutan dan kebencian. Kita boleh berbangga dengan identiti bangsa masing-masing, namun itu tidak pernah memberi ruang untuk meremehkan atau menghina kaum lain.


Inilah semangat sebenar kemerdekaan membina negara yang damai, kuat, dan bersatu.

-Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025: Pesan Perpaduan, Jati Diri dan Semangat Kemerdekaan Sejati

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page