top of page

Majlis Pengisytiharan Varieti Padi MR333 (Menora): Langkah Strategik Perkukuh Pendapatan Pesawah dan Kemandirian Bekalan Makanan Negara

  • Reqa Qreatif
  • Aug 26
  • 1 min read

Pada 25 Ogos 2025, Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkesempatan hadir ke Majlis Pengisytiharan Varieti Padi Baharu MARDI MR333 (Menora) di Kampung Lahar Minyak, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Varieti padi MR333 ini adalah hasil penyelidikan MARDI yang berpotensi memberikan hasil tinggi sehingga 9.9 tan sehektar serta mempunyai ketahanan terhadap penyakit. Inisiatif ini sangat penting untuk membantu pesawah meningkatkan pendapatan dan pada masa sama menjamin bekalan makanan negara.


Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus melaksanakan Pelan Reformasi Industri Padi dan Beras Negara demi memastikan kemandirian bekalan makanan, meningkatkan hasil pesawah serta menjadikan industri ini lebih lestari dan berdaya saing.


Syabas dan tahniah kepada MARDI serta semua penyelidik yang terlibat dalam pembangunan varieti baharu ini. Insya-Allah, usaha bersama antara kerajaan, agensi, dan pesawah akan membawa sektor padi dan beras negara ke tahap yang lebih baik.

-Majlis Pengisytiharan Varieti Padi MR333 (Menora): Langkah Strategik Perkukuh Pendapatan Pesawah dan Kemandirian Bekalan Makanan Negara

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page