top of page

Membina Masa Depan Pertanian Yang Berdaya Saing dan Berdaya Tahan Melalui Sokongan Strategik, Teknologi Inovatif dan Komitmen Bersama

  • Reqa Qreatif
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

Pada 2 September 2025, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu turun ke Program Skim Padi Triang Ilir, Kampung Sungai Buloh, Jelebu.


Di sini ada seramai 107 peserta dengan keluasan sawah berdaftar lebih 200 hektar. Tahun lepas, hasil padi mereka mencecah lebih 4 ribu kilogram sehektar. Tahun ini pula, kerajaan beri insentif RM1 juta melalui Program Insentif Pelestarian Sawah Nogori, supaya pengeluaran padi dapat terus ditingkatkan.


Secara keseluruhan, Negeri Sembilan menerima peruntukan lebih RM19 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tahun ini. Peruntukan ini merangkumi pelbagai bidang termasuk tanaman, ternakan, agropelancongan dan juga pembangunan usahawan tani.


Semua ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk terus bersama pesawah, memperkukuh sektor padi, dan memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan makanan yang mencukupi. Usaha ini juga seiring dengan visi daerah Jelebu sendiri iaitu “Daerah Biodiversiti: Daerah Mampan, Berdaya Maju dan Sejahtera” menjelang 2035.


Beliau percaya dengan sokongan berterusan dan komitmen semua pihak, pesawah kita akan terus berjaya, rakyat mendapat manfaat, dan negara lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

-Membina Masa Depan Pertanian Yang Berdaya Saing dan Berdaya Tahan Melalui Sokongan Strategik, Teknologi Inovatif dan Komitmen Bersama

politics food security

MEDIA SOSIAL

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.Instagram

Mohamad Sabu

HUBUNGI SAYA

©2023, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu. 

Website about Politics & Food Security
bottom of page